Syarat & Peraturan: 1v1

Am

  1. Penyertaan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunya MyKad sahaja.
  2. Pemain-pemain wajib mempunyai PSN ID dan langganan PS+ yang aktif.
  3. Bayaran yuran (yang ditetapkan) hanya akan dikembalikan sekiranya pemain melengkapkan ke semua perlawanan yang telah dijadualkan.
  4. Pihak eMalaysian League berhak menukar sebarang syarat & peraturan dari semasa ke semasa.
  5. Pemain-pemain yang ingin menyertai pertandingan ini akan dianggap telah bersetuju dengan semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Persediaan Perlawanan

  1. Perlawanan pertama akan bermula pada sekitar 2359PM.
  2. Perlawanan kedua akan bermula pada sekitar 0030AM (tengah malam) atau lagi awal, bergantung kepada perlawanan pertama.
  3. Live broadcast adalah diwajibkan. Ini boleh memudahkan pihak kami memantau keputusan semasa & sebagai bukti jika ada sebarang isu.
  4. Pemain-pemain haruslah berkongsi pautan live broadcast di dalam medium perkongsian yang telah ditetapkan.
  5. Semua perlawanan akan menggunakan mod “Online Friendlies”
  6. Pemain-pemain hendaklah menambah rakan (add friend) sesama sendiri di PSN sebelum memulakan “Online Friendlies”.
  7. Tetapan perlawanan adalah seperti di bawah:

Semasa Perlawanan

  1. Setiap pemain akan menerima 1 tiket leave game untuk setiap perlawanan.
  2. Jika pemain mengalami lag sewaktu perlawanan dan masa permainan masih belum melebihi minit 10, pemain dibenarkan untuk menggunakan 1 tiket leave game.
  3. Jika perlawanan masih lag untuk kali yang kedua, permainan haruslah diteruskan atau pemain akan secara automatik dikira kalah jika memilih untuk leave game secara sengaja.

DC

  1. Jika berlaku kejadian DC sewaktu perlawanan sedang berlangsung, kedua pemain hendaklah sentiasa peka pada minit keberapa kejadian itu berlaku. Sila laporkan perkara ini serta merta di WhatsApp group masing-masing.
  2. Pemain hendaklah melengkapkan baki masa perlawanan dengan jaringan yang sama sebelum kejadian DC itu berlaku.
  3. Untuk kejadian yang tidak dapat dielakkan ini, disarankan untuk pemain mempunyai bukti melalu live broadcast (jika ada sebarang bantahan dari mana-mana pemain) kecuali ada persetujuan bersama untuk menyambung perlawanan pada minit tertentu.
  4. Sewaktu sambungan perlawanan (selepas DC), pemain-pemain haruslah berhenti bermain setelah cukup 92 minit (2 minit masa tambahan) dan terus mengambil screenshot keputusan perlawanan.
  5. Hantar keputusan perlawanan dengan keputusan penuh (campur keputusan sebelum DC dan keputusan selepas sambungan).

Selepas Perlawanan

  1. Pemain-pemain diwajibkan menghantar keputusan perlawanan sejurus selepas kedua-dua perlawanan selesai.
  2. Hanya screenshot keputusan akhir perlawanan yang jelas atau video link (YouTube/Facebook) diperlukan.
  3. Keputusan perlawanan perlu dihantar melalui pautan yang telah disediakan. Jika pemain mengalami sebarang masalah, sila hubungi admin secepat mungkin.
  4. Pihak kami ingin mengurangkan isu-isu remeh dari diperbesarkan. Jika salah sorang pemain sahaja yang menghantar keputusan, ianya sudah memadai. Lagi baik jika ada pautan live broadcast. Lagi senang untuk pihak kami mengemaskini keputusan.

Komunikasi

  1. Buat masa ini, sebarang pertanyaan dan komunikasi antara pemain-pemain adalah melalui WhatsApp.
  2. Pemain-pemain dikehendaki menghubungi sesama sendiri untuk mengatur perlawanan yang telah dijadualkan.

Pengiraan Mata

  1. Format liga
    • Menang: 3 mata
    • Seri: 1 mata
    • Kalah: 0 mata
  2. Perbezaan jaringan gol juga diambil kira sebagai faktor penentu kedudukan di dalam liga.

Pra-musim

  1. Tujuan diadakan perlawanan pra-musim ini adalah untuk menentukan pemain mana yang layak bermain di divisyen 1 (Liga Super) atau divisyen 2 (Liga Premier).
  2. Untuk musim seterusnya, semua pemain baru akan bermula dari divisyen bawah, bergantung kepada jumlah pemain yang ada.
  3. Pra-musim akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai 4 pemain.
  4. Diakhir pertandingan pra-musim, pemain-pemain yang mendapat kedudukan pertama & kedua di setiap kumpulan, akan dimasukkan secara automatik ke divisyen 1 (Liga Super)
  5. Pemain-pemain di kedudukan ketiga & keempat akan dimasukkan secara automatik ke divisyen 2 (Liga Premier)

Liga

  1. Untuk musim pertama (Season 1), hanya ada dua divisyen iaitu Liga Super & Liga Premier.
  2. Di akhir musim, pemain-pemain di kedudukan 3 terbawah Liga Super akan diturunkan ke Liga Premier & pemain-pemain di kedudukan 3 teratas Liga Premier, akan ditawarkan ke Liga Super untuk musim akan datang.
  3. Semua rekod & data pemain-pemain akan disimpan di dalam sistem untuk dijadikan sejarah sepanjang zaman.