Peraturan-Peraturan

Info Ringkas

  • Platform: PS4
  • Permainan: FIFA 20
  • Mod: Pro Clubs (11 vs 11)
  • Penganjur: eMalaysian League
  • Hari Perlawanan: Setiap hari Khamis (11PM & 11.30PM)

Am

  1. Pihak penganjur berhak untuk mengubahsuai peraturan-peraturan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis. Semua pasukan digalakkan untuk menyemak peraturan-peraturan ini dari semasa ke semasa.
  2. Semua pasukan yang menyertai pertandingan ini akan dianggap telah bersetuju dengan semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
  3. Langganan PS+ dan talian internet adalah diperlukan.
  4. Peraturan-peraturan khas juga akan ditambah atau dikurangkan bergantung kepada format pertandingan yang dianjurkan. Contohnya seperti Liga Pra-musim atau Kejohanan One-Off.

Pemain-Pemain

  1. Semua pemain warganegara Malaysia layak untuk menyertai pertandingan ini. Hanya 5 pemain import dibenarkan untuk setiap pasukan.
  2. Tiada had umur.
  3. Jumlah pemain minima di atas padang adalah 6 pemain.
  4. Jika pasukan lawan tidak cukup pemain minima sebelum perlawanan bermula, pasukan lawan akan diberikan kemenangan dengan jaringan 3-0 secara automatik.
  5. Maksima jumlah pemain yang boleh didaftarkan setiap pasukan adalah 25 pemain.
  6. Jika pengurus pasukan menurunkan pemain yang tidak berdaftar, pasukan lawan akan diberikan kemenangan dengan jaringan 3-0 secara automatik.
  7. Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan memakai seluar panjang di dalam perlawanan. Jika ada sebarang tuntutan dari mana-mana pasukan lawan, pengurus kepada pasukan yang melanggar peraturan ini akan digantung 1 perlawanan.
  8. Penggunaan ‘ANY’ adalah tidak dibenarkan.

Persediaan Perlawanan

  1. Pengurus pasukan diwajibkan untuk berkongsi pautan live stream (YouTube/Facebook/Twitch) di saluran Discord.
  2. Setiap pengurus pasukan hendaklah berkomunikasi di dalam Discord sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan perlawanan. Pihak penganjur tidak akan melayan sebarang tuntutan (claim) jika komunikasi dilakukan melalui Personal Message/Direct Message.
  3. Pengurus pasukan hendaklah menyemak senarai pemain-pemain yang mempunyai kad terkumpul. Jika didapati ada pemain yang digantung perlawanan diturunkan sewaktu perlawanan, pasukan lawan akan diberikan kemenangan dengan jaringan 3-0 secara automatik.
  4. Setiap pasukan mestilah bermain mengikut masa & tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  5. Pasukan tuan rumah adalah yang berada di sebelah kiri (di dalam jadual) dan akan melakukan invite pasukan lawannya di sebelah kanan.
  6. Setiap pasukan mempunyai 10 minit penangguhan masa (grace period) untuk setiap perlawanan. Sebagai contoh, Jika perlawanan pertama dijadualkan bermula pada jam 11PM, perlawanan haruslah bermula selewat-lewatnya pada jam 11.10PM. Jika mana-mana pasukan tidak memberi sebarang respon atau langsung tidak muncul sehingga jam 11.11PM, pasukan lawan akan diberikan kemenangan dengan jaringan 3-0 secara automatik. Jika kedua-dua pasukan tidak dapat memulakan perlawanan kerana masalah pelayan EA, disarankan perlawanan ditangguh dan dimainkan selepas perlawanan kedua tamat.
  7. Penangguhan perlawanan adalah di atas budi bicara kedua-dua pasukan dan pihak pengajur. Penangguhan ini hanya akan dilayan jika masalah yang berlaku adalah berkaitan dengan pelayan EA sahaja.

Semasa Perlawanan

  1. Tidak dibenarkan meninggalkan perlawanan atau rematch jika ada pemain yang putus talian (DC/disconnect) selepas 10 minit masa permainan (in-game time). Jika berlaku, pasukan lawan akan diberikan kemenangan dengan jaringan 3-0 secara automatik.
  2. Jika ada jaringan yang dilakukan sebelum 10 minit masa permainan (in-game time) berlangsung, dan pengurus pasukan meminta untuk rematch, jaringan semasa akan dibawa ke perlawanan baru.
  3. Jika ada pemain yang putus talian (DC/disconnect) selepas 10 minit masa permainan (in-game time), perlawanan haruslah diteruskan.
  4. Pengurus pasukan haruslah memberitahu pengurus pihak lawan serta merta jika ingin menghentikan perlawanan melalui saluran yang disediakan.
  5. Hanya dibenarkan meninggalkan perlawanan atau rematch 1 kali sahaja setiap pasukan. Jika pasukan meninggalkan perlawanan untuk kali kedua, pasukan lawan akan diberikan kemenangan dengan jaringan 3-0 secara automatik.
  6. Jika ada Jersey Glitch, laporkan di dalam saluran yang disediakan serta merta. Ini tidak termasuk di dalam quota 1 rematch untuk setiap pasukan dan atas budi bicara setiap pengurus pasukan.
  7. Jika perlawanan terputus dengan sendiri akibat masalah pelayan EA, mulakan perlawanan baru dengan hanya bermain baki masa yang tinggal sebelum perlawanan terputus sahaja. Jaringan semasa akan dibawa ke perlawanan baru:-
    • Contoh 1: Perlawanan terputus pada minit ke-35. Mulakan perlawanan baru sehingga minit ke-59 (55 minit + 2 minit masa tambahan separuh masa pertama + 2 minit masa tambahan separuh masa kedua)
    • Contoh 2: Perlawanan terputus pada minit ke-75. Mulakan perlawanan baru sehingga minit ke-17 (15 minit + 2 minit masa tambahan separuh masa kedua)

Selepas Perlawanan

  1. Pengurus pasukan diwajibkan menghantar keputusan perlawanan sejurus selepas tamatnya kesemua perlawanan di hari tersebut di channel Discord yang disediakan. Tetapi, jika pengurus pasukan telah berkongsi pautan live stream yang diperlukan sebelum perlawanan dimulakan, pengurus tidak perlu lagi menghantar keputusan perlawanan dengan syarat, merekod semua data yang diperlukan seperti di bawah.
  2. Jika tiada live stream (bersebab), pengurus wajib menghantar screenshots dan muat naik kesemuanya di saluran Discord yang disediakan.
  3. Data-data yang diperlukan adalah seperti di bawah:
    1. Match Facts
    2. Match Rating
    3. Goals
    4. Own Goals
    5. Goal Assists
    6. Shots on Target
    7. Passes Completed
    8. Dribbles Completed
    9. Crosses Completed
    10. Tackles Won
    11. Saves

Pengiraan Mata & Kedudukan

  1. Jika
    • Menang: 3 mata
    • Seri: 1 mata
    • Kalah: 0 mata
  2. Penentuan kedudukan liga adalah mengikut keutamaan seperti di bawah:-
    1. Jumlah mata terkumpul (Points)
    2. Perbezaan jaringan (Goals Difference)
    3. Jumlah jaringan yang dilakukan (Goals Scored)
    4. Keputusan pertemuan bersama (Head to Head)
    5. Perlawanan ulangan melalui format Golden Goal
  3. Di akhir musim, pasukan-pasukan di kedudukan 3 (4 untuk musim pertama Super League) terbawah setiap divisyen akan diturunkan divisyen yang lebih rendah untuk musim akan datang.
  4. Semua rekod & data pasukan-pasukan akan disimpan di dalam sistem untuk dijadikan sejarah sepanjang zaman.

Peraturan Kad

  1. 3 kad kuning terkumpul, pemain akan digantung 1 perlawanan seterusnya.
  2. 1 kad merah, pemain akan digantung 1 perlawanan seterusnya.
  3. Pengurus pasukan hendaklah peka dan jujur dengan kad-kad yang diterima oleh pemain-pemain pasukan sendiri. Jika ada tuntutan (claim), beserta bukti, pasukan yang bersalah akan diberikan kekalahan 0 – 3 secara automatik.
  4. Jika mana-mana pasukan didapati bersalah, tiada sebarang rayuan akan dilayan.

Team Of The Week

  1. Team Of The Week akan dipilih berdasarkan data yang diterima oleh penganjur.
  2. Jika penganjur tidak menerima sebarang data yang diperlukan, pemain-pemain yang sepatutnya layak untuk menjadi pemenang, tidak akan tersenarai.
  3. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua data yang diperlukan, dihantar secepat mungkin.

Perpindahan Pemain

  1. Semua perpindahan pemain perlu dilakukan di saluran Discord yang disediakan.
  2. Perpindahan pemain (transfer window) akan dibuka setiap bulan dan akan berlangsung selama 5 hari. (tarikh akan ditentukan bergantung kepada musim yang berlangsung).
  3. Pemain yang ingin keluar dari pasukan semasa perlulah berbincang dengan pengurus pasukan. Pengurus pasukan perlulah melakukan perpindahan keluar (transfer out) pemain tersebut sebelum pengurus pasukan baru melakukan perpindahan masuk (transfer in).

Penukaran PSN ID Pemain

  1. Penukaran PSN ID pemain sewaktu atau selepas perpindahan pemain (transfer window) adalah dibenarkan tetapi bersyarat. Bukti penukaran PSN ID tersebut haruslah ditunjuk. Contoh bukti adalah seperti emel dari pihak berkenaan (PlayStation) yang menunjukkan pemain itu telah menukar ID.
  2. Permintaan penukaran PSN ID tidak akan dilayan jika pengurus gagal menunjukan sebarang bukti.

Tarik Diri Dari Pertandingan

  1. Yuran yang telah dibayar (jika ada) tidak akan dikembalikan.
  2. Semua keputusan perlawanan yang telah dimainkan akan kekal.
  3. Baki perlawanan pula, akan dimenangi oleh pihak lawan secara automatik dengan jaringan, 1-0.

Yuran & Denda

  1. Baki yuran yang telah dibayar (mengikut jumlah yang ditetapkan sewaktu pendaftaran) akan dikembalikan kepada semua pasukan yang berjaya menghabiskan semua perlawanan tanpa gagal.
  2. Denda RM5 akan dikenakan kepada pasukan jika gagal menghantar pasukan untuk 1 perlawanan. Denda ini akan ditolak dari Yuran yang telah dibayar pada awal musim.
    • Sebagai contoh, pendaftaran awal adalah RM100. RM50 akan dikembalikan kepada pasukan. Jika pasukan gagal menghantar pasukan untuk 4 perlawanan, RM20 akan ditolak dari yuran yang dibayar. Pada penghujung musim, hanya RM30 sahaja yang akan dikembalikan.
  3. Tujuan denda ini dilakukan hanyalah untuk memastikan setiap pasukan berdisiplin dan sentiasa menghormati pasukan-pasukan lain.